theme-sticky-logo-alt
May 16, 2026
58 Views

“Pengiktirafan UEC Dibincang Sejak 40 Tahun Lalu, “-Anwar Ibrahim

IPOH — Keputusan Jemaah Menteri membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) merupakan hasil perbincangan yang telah berlangsung sejak kira-kira 40 tahun lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut beliau, isu pengiktirafan UEC bukan perkara baharu kerana ia sudah dibincangkan sejak beliau memegang portfolio Menteri Pendidikan. Bagaimanapun, katanya,... Read More

IPOH — Keputusan Jemaah Menteri membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) merupakan hasil perbincangan yang telah berlangsung sejak kira-kira 40 tahun lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, isu pengiktirafan UEC bukan perkara baharu kerana ia sudah dibincangkan sejak beliau memegang portfolio Menteri Pendidikan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan menetapkan syarat bahawa pelajar lepasan UEC mesti lulus atau memperoleh kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah untuk melayakkan mereka mengikuti pengajian di universiti awam.

Anwar berkata, keadaan juga sudah berubah apabila kebanyakan sekolah persendirian Cina kini semakin menerima sistem pendidikan kebangsaan termasuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Dalam beberapa pertemuan dengan saya pemimpin-pemimpin persatuan sekolah dan guru tersebut pada puluhan tahun dahulu, mereka enggan berbicara sepatah pun dalam bahasa Melayu.

“Namun, pada pertemuan sekarang semua wakil persatuan dan guru sekolah-sekolah persendirian Cina bercakap dalam bahasa Melayu. Malah sekolah persendirian Cina ini lebih daripada 80 peratus mengambil SPM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 bertemakan ‘Guru Bitara Nadi Negara’ di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, hari ini.

Menurut Anwar, syarat sama turut dikenakan kepada pelajar sekolah antarabangsa, sekolah aliran Arab dan institusi tahfiz yang sebelum ini kurang memberi penekanan terhadap subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan kerajaan hanya memutuskan dasar pengiktirafan UEC, manakala penawaran kursus tertentu masih tertakluk kepada badan profesional dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau berkata, tidak semua kursus akan dibuka secara automatik kepada lepasan UEC kerana beberapa program profesional memerlukan penilaian lanjut daripada badan berkaitan.

“Kerajaan boleh putuskan pengiktirafan sijil itu, tetapi bagi badan-badan profesional ia perlu dirujuk kepada kementerian dan pihak berkaitan.

“Dasar yang diluluskan Jemaah Menteri jelas, kita izinkan daripada sekolah (aliran bahasa) Arab, sekolah antarabangsa dan sekolah Cina dengan syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading