theme-sticky-logo-alt
May 14, 2026
15 Views

“Tiada Perbincangan Mengenai Pengurangan Kuota BUDI95,”-Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR — Kerajaan belum mengadakan sebarang perbincangan bagi memuktamadkan pengurangan kuota penggunaan di bawah program BUDI95, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Menurut Berita Harian, fokus utama kerajaan ketika ini tertumpu kepada pelaksanaan pemberian subsidi diesel menggunakan sistem sama seperti BUDI95. Akmal berkata, langkah seterusnya yang sedang diteliti kerajaan adalah memperbaiki kaedah pengurusan... Read More

KUALA LUMPUR — Kerajaan belum mengadakan sebarang perbincangan bagi memuktamadkan pengurangan kuota penggunaan di bawah program BUDI95, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Menurut Berita Harian, fokus utama kerajaan ketika ini tertumpu kepada pelaksanaan pemberian subsidi diesel menggunakan sistem sama seperti BUDI95.

Akmal berkata, langkah seterusnya yang sedang diteliti kerajaan adalah memperbaiki kaedah pengurusan subsidi diesel supaya sistem sedia ada menjadi lebih berkesan dan mampan.

Antara cabaran utama yang dihadapi ketika ini ialah jurang besar antara harga pasaran dan harga diesel bersubsidi yang membuka ruang kepada aktiviti penyeludupan serta ketirisan subsidi.

“Apabila berlaku jurang yang ketara antara harga pasaran dengan harga bersubsidi, maka aktiviti seperti penyeludupan dan ketirisan berlaku dengan lebih ketara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada perbincangan mengenai pengurangan kuota penggunaan RON95 di bawah BUDI95 telah dibincangkan di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Kabinet.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading