theme-sticky-logo-alt
May 14, 2026
33 Views

“Cabaran Sebenar Bukan Harga Tapi Rantaian Bekalan,”- Ameer Ali Mydin

KUALA LUMPUR – Ketegangan geopolitik global dilihat lebih memberi risiko besar terhadap rantaian bekalan produk berbanding kenaikan harga barangan, kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr Ameer Ali Mydin. Menurut Malaysia Kini, beliau berkata, walaupun cabaran geopolitik ketika ini masih belum memberi impak besar-besaran terhadap ekonomi Malaysia, negara dijangka berdepan cabaran ketara melibatkan... Read More

KUALA LUMPUR – Ketegangan geopolitik global dilihat lebih memberi risiko besar terhadap rantaian bekalan produk berbanding kenaikan harga barangan, kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr Ameer Ali Mydin.

Menurut Malaysia Kini, beliau berkata, walaupun cabaran geopolitik ketika ini masih belum memberi impak besar-besaran terhadap ekonomi Malaysia, negara dijangka berdepan cabaran ketara melibatkan rantaian bekalan dalam tempoh akan datang.

Isu utama yang perlu diberi perhatian bukan semata-mata berkaitan kenaikan harga, sebaliknya memastikan bekalan produk terus tersedia di pasaran.

“Cabaran sebenar bukan harga. Bagi saya, orang terlalu fikir dan menumpukan harga. Lupakan soal harga sebaliknya, apa lebih penting, apakah kita ada bekalan itu?,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif.

Mengulas mengenai trend harga semasa, Ameer Ali berkata tekanan penetapan harga global serta perkembangan geopolitik sememangnya penting dan memberi kesan terhadap harga domestik.

Bagaimanapun, beliau menegaskan impaknya terhadap Malaysia ketika ini masih berada dalam keadaan terkawal.

“Apa yang anda lihat ada item barangan tertentu yang telah turun harga dan ada sebaliknya iaitu meningkat kira-kira tiga peratus hingga lima peratus.

“Namun, bagi saya, kesan cabaran geopolitik ini masih belum menyeluruh atau berleluasa ke atas ekonomi Malaysia,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading