KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin DAP Selangor Ronnie Liu Tian Khiew mencadangkan penternak babi di negeri itu supaya memfailkan semakan kehakiman susulan larangan Sultan Selangor terhadap aktiviti penternakan babi di negeri berkenaan.
“Biar mahkamah yang memutuskan. Peguam kami percaya bahawa hak penternak dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan. Malah, ia dinyatakan dengan sangat jelas dan lantang.
“Umum maklum…di Selangor, Sultan mempunyai kuasa Perlembagaan yang penting, namun titah Sultan secara amnya tidak mengatasi undang-undang atau Perlembagaan,” kata Ronnie dalam hantaran di Facebook beliau.- Suara TV







