theme-sticky-logo-alt
May 5, 2026
30 Views

Madani Mart Tidak Guna Dana kerajaan, Fokus Bantu Rakyat – Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, berkata Madani Mart bukan diterajui kementerian, sebaliknya merupakan hasil kerjasama strategik melibatkan tiga komponen utama iaitu kerajaan, sektor swasta dan elemen sosial. “Untuk Madani Mart kerajaan tidak mengeluarkan modal tetapi kerajaan mendapat keuntungan dalam bentuk sosial, membantu rakyat mendapatkan barangan berkualiti pada... Read More

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, berkata Madani Mart bukan diterajui kementerian, sebaliknya merupakan hasil kerjasama strategik melibatkan tiga komponen utama iaitu kerajaan, sektor swasta dan elemen sosial.

“Untuk Madani Mart kerajaan tidak mengeluarkan modal tetapi kerajaan mendapat keuntungan dalam bentuk sosial, membantu rakyat mendapatkan barangan berkualiti pada harga mampu milik,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun fokus utama inisiatif itu adalah menyediakan harga rahmah, aspek lain yang penting kepada pengguna turut diberi perhatian.

“Rakyat hari ini bukan sekadar mencari harga rendah, tetapi juga mahukan kualiti produk, perkhidmatan yang baik dan kemudahan akses.

“Madani Mart cuba memenuhi semua keperluan ini secara serentak. Dengan lokasi yang dirancang dekat dengan komuniti, pengguna dapat menikmati kemudahan membeli-belah berhampiran rumah,” katanya.

Beliau menjelaskan, Madani Mart bukan sekadar inisiatif runcit biasa, sebaliknya satu model perniagaan hibrid yang menggabungkan kepentingan sosial dan komersial secara seimbang.

“Ia memberi manfaat menyeluruh, rakyat menikmati harga berpatutan, usahawan mendapat sokongan untuk berkembang dan industri kecil dan sederhana (IKS) diberi peluang untuk menembusi pasaran,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading