KANGAR — Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail meyakini Perlis mampu muncul sebagai “Dubai Kedua”, sekali gus menjadi pintu gerbang terbuka kepada negara-negara ASEAN dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Menurut Awani Baginda bertitah, keyakinan itu bersandarkan kedudukan strategik negeri di utara Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand, selain potensi untuk berkembang sebagai pusat dagang, inovasi dan pertemuan ekonomi serantau.
“Saya juga berharap untuk beberapa tahun yang mendatang. Jika Dubai mampu dikenali di persada dunia sebagai pintu gerbang terbuka ke Timur Tengah, maka saya yakin negeri Perlis juga mampu muncul sebagai sebuah ‘Dubai Kedua’,” titah baginda.
“Didukung oleh iltizam kerajaan negeri, NCIA, KUSKOP dan kekuatan gerakan koperasi, saya yakin dan percaya Perlis mampu berkembang sebagai pusat dagang, pusat inovasi dan pusat pertemuan ekonomi serantau,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Nat Antarabangsa ANGKASA Perlis 2026 di Pasar Terapung Jabatan Pengairan dan Saliran, di sini, malam tadi.








