theme-sticky-logo-alt
April 30, 2026
19 Views

“Keputusan Itu Berpunca Daripada Sikap Menteri Besar Yang Membelakangkan Institusi Adat,”-Asyraf Wajdi Dusuki

UMNO berpendirian untuk menghormati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kekal hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun namun terus menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu. Dalam kenyataan media hari ini, Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pendirian itu selaras dengan Fasal 3.1 Perlembagaan parti yang meletakkan institusi... Read More

UMNO berpendirian untuk menghormati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kekal hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun namun terus menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu.

Dalam kenyataan media hari ini, Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pendirian itu selaras dengan Fasal 3.1 Perlembagaan parti yang meletakkan institusi Raja sebagai tonggak kedaulatan negara.

Menurutnya, mesyuarat biro politik yang berlangsung semalam turut membincangkan secara serius perkembangan mutakhir berkaitan krisis Institusi Raja dan adat di Negeri Sembilan, yang didakwa mencetuskan polemik serta salah faham dalam kalangan parti komponen Kerajaan Perpaduan di negeri itu.

Katanya, pihaknya juga telah mendengar penjelasan daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berhubung tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional yang hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar negeri tersebut.

“Keputusan itu berpunca daripada sikap Menteri Besar yang  membelakangkan institusi adat serta Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading