Kerajaan mengumumkan pelantikan Abdul Halim Aman sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu, berkuat kuasa 13 Mei ini.
Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata pelantikan itu diperkenankan Sultan Ibrahim selaras Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009.
Menurut FMT cadangan pelantikan berkenaan sebelum ini dipersembahkan oleh Anwar Ibrahim kepada Agong.
Dalam kenyataan sama, beliau berkata kerajaan yakin pengalaman serta integriti Abdul Halim akan membantu memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat dan memperhebat usaha pembanterasan rasuah.








