theme-sticky-logo-alt
April 20, 2026
30 Views

“Hak Pembubaran Terletak Pada TYT,”-Zahid Hamidi

DUNGUN: Kerajaan Perpaduan menyangkal dakwaan kononnya mereka takut untuk berdepan pilihan raya susulan kebimbangan ditolak rakyat atau berdepan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor. Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN bukan ditentukan oleh desakan mana-mana pihak, sebaliknya merupakan hak... Read More

DUNGUN: Kerajaan Perpaduan menyangkal dakwaan kononnya mereka takut untuk berdepan pilihan raya susulan kebimbangan ditolak rakyat atau berdepan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN bukan ditentukan oleh desakan mana-mana pihak, sebaliknya merupakan hak mutlak pemerintah negeri.

“Waktu untuk tarikh terakhir PRN Melaka dan Johor masih lama lagi. Tidak timbul soal penangguhan dilakukan.

“Ini terserah pada TYT (Tuan Yang Terutama) dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Johor serta Tuanku Agong sendiri kerana hak pembubaran itu terletak kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di sini, pada Isnin.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading