theme-sticky-logo-alt
April 6, 2026
127 Views

“Banyak Orang Tak Kenal Anwar Macam Saya Kenal Anwar,”-Ibrahim Ali

Ahli politik veteran, Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan sebuah sekretariat khusus bagi menggerakkan kebangkitan rakyat secara besar-besaran bagi menentang kenaikan kos sara hidup dan harga minyak. Berucap dalam “Himpunan Bantah Harga Minyak, Rakyat Menentang” di Kuala Lumpur anjuran Parti Putra, beliau berkata penubuhan sekretariat itu merupakan “langkah pertama daripada seribu langkah lagi” dalam usaha... Read More

Ahli politik veteran, Ibrahim Ali hari ini mengumumkan penubuhan sebuah sekretariat khusus bagi menggerakkan kebangkitan rakyat secara besar-besaran bagi menentang kenaikan kos sara hidup dan harga minyak.

Berucap dalam “Himpunan Bantah Harga Minyak, Rakyat Menentang” di Kuala Lumpur anjuran Parti Putra, beliau berkata penubuhan sekretariat itu merupakan “langkah pertama daripada seribu langkah lagi” dalam usaha menuntut keadilan ekonomi untuk rakyat.

Menurut Malaysia Kini, Ibrahim turut menyatakan kesediaannya untuk mengetuai gerakan tersebut dan mengajak rakyat supaya bersama-sama bangkit menentang tekanan kos sara hidup.

“Saya akan menggerakkan penubuhan ini… Kalau tak ada orang, saya sendiri tidur di tengah-tengah jalan. Jangan duduk berdiam diri sahaja. Rakyat semua kena ikut serta,” katanya kepada kira-kira 100 hadirin.

Beliau turut menegaskan gerakan itu akan menentang Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipimpin Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata sekretariat itu akan menjelajah ke seluruh negara bagi mengadakan himpunan sehingga kerajaan menurunkan harga minyak.

“Saya nak tanya, di manakah keuntungan yang dinaikkan harga minyak? Where the money goes?” soalnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan lebih drastik sekiranya suara rakyat terus diabaikan, malah mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadapnya jika perlu.

“Kalau Anwar berani bertindak ganas nak tangkap saya, sini Anwar tangkap… Tapi saya tak melanggar undang-undang,” katanya.

“Banyak orang tak kenal Anwar macam saya kenal Anwar, sebab kami bersama dua tahun (dalam tahanan ISA)… Saya beri jaminan, tak ada apa-apa. Dia tak berani dengan saya,” 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading