Seorang lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, direman selama empat hari
Menurut Bernama, perintah tahanan reman sehingga Khamis terhadap suspek berumur 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat selepas suspek dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Suspek yang memandu kenderaan jenis Honda City itu dipercayai merempuh mangsa dalam kejadian semalam sehingga menyebabkan penunggang motosikal berkenaan maut di lokasi kejadian.
Siasatan awal mendapati lelaki terbabit positif alkohol dan dadah hasil ujian saringan yang dijalankan pihak polis selepas kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.








