theme-sticky-logo-alt
March 30, 2026
123 Views

Papagomo Didenda RM4,000

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan menghasut sehingga menimbulkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 2024 Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.... Read More

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan menghasut sehingga menimbulkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 2024

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan, selain wang jaminan RM15,000 dipulangkan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman memohon hukuman lebih berat dengan mengambil kira tertuduh bukan individu biasa serta mempunyai pengetahuan undang-undang sebagai bekas anggota polis.

Bagaimanapun, peguam bela Muhammad Rafique Rashid Ali memohon mahkamah mengenakan hukuman denda atas alasan anak guamnya merupakan bapa kepada lima anak termasuk seorang anak autisme serta memberi kerjasama sepanjang perbicaraan.

Kesalahan itu dilakukan pada 29 April 2024 di sebuah kondominium di Bukit Bintang, melibatkan penerbitan hantaran di media sosial berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Agong, yang didakwa menghasut di bawah Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1