theme-sticky-logo-alt
March 18, 2026
18 Views

PSG Mara Ke Suku Akhir Dengan Agregat 8-2

Juara Bertahan Paris Saint-Germain (PSG) meneruskan aksi cemerlang apabila membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah, sekali gus mara ke suku akhir dengan kemenangan agregat 8-2. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge, pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Khvicha Kvaratskhelia menjaringkan gol seawal minit keenam... Read More

Juara Bertahan Paris Saint-Germain (PSG) meneruskan aksi cemerlang apabila membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah, sekali gus mara ke suku akhir dengan kemenangan agregat 8-2.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge, pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk membuka jaringan apabila Khvicha Kvaratskhelia menjaringkan gol seawal minit keenam hasil kesilapan pertahanan tuan rumah.

PSG terus menggandakan kelebihan pada minit ke-15 menerusi Bradley Barcola

Pada babak kedua, pemain muda Senny Mayulu melengkapkan kemenangan bergaya PSG dengan gol ketiga pada minit ke-62.

Kekalahan agregat 8-2 itu menyaksikan Chelsea mencatat antara keputusan paling buruk dalam sejarah mereka di pentas Eropah, selain memperlihatkan jurang ketara antara kedua-dua pasukan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading