theme-sticky-logo-alt
March 2, 2026
863 Views

Polis Akan Tahan Arun Dorasamy

Polis Selangor akan memanggil individu dikenali sebagai Arun Dorasamy susulan lapan laporan polis yang diterima berkaitan kenyataan kontroversinya berhubung isu sebuah kuil di Rawang, Selangor. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata kes itu kini dalam siasatan dan dirujuk sebagai ROR (refer other report) – merujuk kepada kes awal yang berkaitan isu kuil terbabit. Beliau... Read More

Polis Selangor akan memanggil individu dikenali sebagai Arun Dorasamy susulan lapan laporan polis yang diterima berkaitan kenyataan kontroversinya berhubung isu sebuah kuil di Rawang, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata kes itu kini dalam siasatan dan dirujuk sebagai ROR (refer other report) – merujuk kepada kes awal yang berkaitan isu kuil terbabit.

Beliau berkata setakat ini polis menerima lapan laporan daripada pelbagai individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap Arun yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketidakpuasan hati awam.

“Laporan itu berkenaan rasa tidak puas hati berkaitan kenyataan yang dibuat oleh individu itu (Arun).

Shazeli turut mengesahkan pihaknya menerima satu lagi laporan daripada pengurusan kuil tersebut berhubung isu perobohan binaan haram di atas tanah milik Yayasan Kubra, yang dikaitkan dengan kontroversi itu.

Sebelum ini, peguam pihak kuil, Muhammad Hariz Md Yusoff, berkata laporan dibuat kerana kenyataan Arun didakwa berunsur perkauman dan agama, yang mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.

Polis akan meneruskan siasatan lanjut dan memanggil Arun untuk memberi keterangan di balai polis yang ditetapkan, sebagai sebahagian langkah menangani isu yang kini menjadi perhatian umum.  -Malaysia Gazette

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading