theme-sticky-logo-alt
February 25, 2026
1463 Views

“Jika Sakit Pergi Hospital Bukan Duduk Di Rumah”- Hakim Azimah

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan pendengaran rayuan akhir Datin Seri Rosmah Mansor berhubung permohonan untuk menyingkirkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar kes rasuahnya yang berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion pada 3 Mac, selepas Rosmah dilaporkan terjatuh di rumah. Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Nordin Hassan yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk... Read More

Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan pendengaran rayuan akhir Datin Seri Rosmah Mansor berhubung permohonan untuk menyingkirkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan daripada mendengar kes rasuahnya yang berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion pada 3 Mac, selepas Rosmah dilaporkan terjatuh di rumah.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Nordin Hassan yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Azimah Omar membenarkan penangguhan itu selepas peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya sedang bercuti sakit dari 24 hingga 28 Feb.

“Anak guam saya tergelincir di rumah namun sempat mengelak daripada terjatuh sepenuhnya. Bagaimanapun, beliau mengalami kecederaan pada tangan dan lutut,” kata Jagjit.

Menjawab pertanyaan Hakim Azimah sama ada Rosmah dimasukkan ke hospital selepas insiden itu, Jagjit memaklumkan Rosmah telah dinasihatkan untuk berbuat demikian, namun menolaknya.

Hakim Azimah berkata, “Jika beliau tidak dapat hadir ke mahkamah, beliau sepatutnya berada di hospital, bukan di rumah.”

Hakim Nordin mempersoalkan asas permohonan itu dan bertanya sama ada ia sekadar kerana anak guam tidak selesa, serta sama ada benar wujud risiko berat sebelah. Jagjit menjawab beliau hanya mengikut arahan anak guamnya.

Mahkamah kemudian menolak permohonan tersebut, dengan Hakim Nordin menegaskan tiada risiko berat sebelah untuk beliau dan Hakim Che Mohd Ruzima menarik diri.

Rosmah sedang merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar kes rasuah projek solar hibrid.- Bernama

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1