theme-sticky-logo-alt
February 23, 2026
209 Views

“Kita Tidak Akan Mengkhianati dan Membelakangi Kepentingan Rakyat,”- Steven Sim

Pengerusi Steven Sim Chee Keong, yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dan Pengerusi Democratic Action Party (DAP) Pulau Pinang menegaskan bahawa parti itu tidak akan mengkhianati atau membelakangkan kerajaan sedia ada serta kepentingan rakyat dalam apa jua keputusan yang akan dibuat. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP... Read More

Pengerusi Steven Sim Chee Keong, yang juga Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) dan Pengerusi Democratic Action Party (DAP) Pulau Pinang menegaskan bahawa parti itu tidak akan mengkhianati atau membelakangkan kerajaan sedia ada serta kepentingan rakyat dalam apa jua keputusan yang akan dibuat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang di Butterworth malam tadi, menjawab kebimbangan segelintir pemimpin komponen kerajaan berhubung penganjuran kongres khas DAP yang dijadualkan berlangsung pada 12 Julai depan.

Menurut Steven Sim, kongres khas itu bukan bertujuan menggugat kestabilan kerajaan atau melahirkan keputusan yang boleh menjejaskan hubungan dalam kerajaan Perpaduan. Sebaliknya, ia merupakan platform bagi parti melakukan muhasabah, menilai prestasi kepimpinan serta peranan DAP dalam kerajaan sekarang.

“Apa jua keputusan DAP, kita tidak akan mengkhianati dan membelakangi kepentingan rakyat,” tegas beliau.

Beliau juga menambah bahawa semua parti komponen dalam kerajaan Perpaduan tidak perlu merasa risau berikutan pengumuman kongres khas itu, kerana ia adalah ruang sah bagi perwakilan parti untuk berbincang secara terbuka dan menentukan hala tuju DAP dalam kabinet.

Antara yang turut hadir pada majlis malam tadi ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Penasihat DAP Lim Guan Eng dan veteran politik Lim Kit Siang.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading