theme-sticky-logo-alt
February 22, 2026
180 Views

“Tidak Berdosa Ke Menabur Fitnah Wahai Perdana Menteri,”- Fadhli Shaari

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebarkan tuduhan tidak berasas berhubung dakwaan kononnya gabungan itu menerima dana perjudian. Dalam satu kenyataan, beliau merujuk kepada video bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang menurutnya menyentuh semula dakwaan dibuat Anwar suatu ketika dahulu bahawa PN menerima dana judi.... Read More

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebarkan tuduhan tidak berasas berhubung dakwaan kononnya gabungan itu menerima dana perjudian.

Dalam satu kenyataan, beliau merujuk kepada video bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang menurutnya menyentuh semula dakwaan dibuat Anwar suatu ketika dahulu bahawa PN menerima dana judi.

“Menuduh orang ambil duit judi ini perkara besar. Sudah dua tahun berlalu tetapi tiada bukti dikemukakan,” katanya.

Beliau mendakwa telah beberapa kali membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat, termasuk melalui soalan lisan dan bertulis, namun jawapan yang diterima hanyalah bahawa perkara tersebut “masih dalam siasatan”.

“Kalau ada bukti, dedahkan. Periksa akaun kami. Tetapi sehingga hari ini tidak dapat dibuktikan,” katanya.

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai “fitnah” yang memberi kesan kepada PAS dan PN, selain didakwa sering diulang oleh penyokong Pakatan Harapan.

Tidak berdosa ke menabur fitnah wahai Perdana Menteri dan terima kasih saudara Rafizi Ramli atas pendedahannya,”katanya lagi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading