theme-sticky-logo-alt
February 20, 2026
176 Views

Petugas Media Imbau Momen Bersejarah Hari Terakhir Ketua Hakim Negara

Petugas media mengimbau pengalaman merakam detik bersejarah ketika prosiding terakhir Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada 15 Oktober 2008, yang disifatkan sebagai momen tidak akan dilupakan dalam liputan kehakiman negara. Pada hari terakhir beliau bersidang di Mahkamah Khas, Tun Abdul Hamid mengambil langkah luar biasa dengan membenarkan jurugambar memasuki mahkamah untuk merakam gambar... Read More

Petugas media mengimbau pengalaman merakam detik bersejarah ketika prosiding terakhir Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada 15 Oktober 2008, yang disifatkan sebagai momen tidak akan dilupakan dalam liputan kehakiman negara.

Pada hari terakhir beliau bersidang di Mahkamah Khas, Tun Abdul Hamid mengambil langkah luar biasa dengan membenarkan jurugambar memasuki mahkamah untuk merakam gambar ketika prosiding berlangsung. Ia merupakan kali pertama jurugambar dibenarkan berbuat demikian dalam sejarah kehakiman Malaysia.

Dalam kenangan yang dikongsi, Tun Abdul Hamid dilaporkan berkata kepada petugas media:
“Hari Jumaat ini hari terakhir saya berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara, boleh panggil jurugambar di luar mahkamah untuk ambil gambar hari terakhir saya bersidang hari ini.”

Jurufoto Bernama, Mahayudin Mohamad berkata beliau dipanggil masuk oleh polis mahkamah selepas mendapat kebenaran Tun Abdul Hamid sendiri. Menurutnya, peluang tersebut amat bermakna memandangkan fotografi ketika prosiding biasanya tidak dibenarkan.

Bagi sesetengah petugas media, detik tiga minit itu dianggap sebagai satu peluang “sekali seumur hidup” untuk merakam suasana di dalam bilik mahkamah ketika prosiding sedang berlangsung — sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

Beberapa pemberita mahkamah turut menyifatkan Tun Abdul Hamid sebagai tokoh berprinsip dan tegas dalam menegakkan perlembagaan. Detik singkat itu terus dikenang sebagai simbol keterbukaan dalam institusi kehakiman negara.

Semalam, negara mengucapkan selamat tinggal kepada Tun Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 83 tahun di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Pemergian Tun Abdul Hamid, yang berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara dari Disember 2007 hingga Oktober 2008 merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh institusi kehakiman Malaysia serta seluruh negara.-Bernama

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1