theme-sticky-logo-alt
February 16, 2026
416 Views

Bekas setiausaha politik mohon lima pertuduhan rasuah dibicara di Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR — Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, memohon agar lima pertuduhan rasuah yang dihadapinya dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad, berkata permohonan itu telah difailkan pada 4 Feb lalu dan Mahkamah Tinggi menetapkan 9 April ini untuk pendengaran.  Isu perlembagaan dan undang-undang kompleks Menurut... Read More

KUALA LUMPUR — Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, memohon agar lima pertuduhan rasuah yang dihadapinya dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad, berkata permohonan itu telah difailkan pada 4 Feb lalu dan Mahkamah Tinggi menetapkan 9 April ini untuk pendengaran. 

Isu perlembagaan dan undang-undang kompleks

Menurut notis usul yang difailkan, permohonan dibuat kerana kes berkenaan melibatkan persoalan undang-undang serta isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan.
Shamsul Iskandar berhujah pemindahan kes tidak akan memprejudiskan mana-mana pihak, sebaliknya memudahkan pengendalian prosiding. 

Dalam afidavit sokongan, beliau menyatakan perbicaraan dijangka menyentuh persoalan undang-undang yang kompleks, termasuk pemakaian Akta SPRM 2009 terhadap kes melibatkan sumbangan politik serta tafsiran istilah perundangan yang bersifat teknikal. 

Beliau turut menegaskan bahawa perbicaraan di Mahkamah Tinggi akan membuka ruang rayuan ke Mahkamah Persekutuan, khususnya bagi isu berunsur perlembagaan. 

Pertuduhan libat wang tunai dan barangan

Pada 4 Dis 2025, Shamsul Iskandar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan bersetuju menerima suapan RM100,000 daripada seorang ahli perniagaan sebagai dorongan membantu mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah. 

Beliau juga berdepan pertuduhan menerima RM40,000 serta dua lagi suapan dalam bentuk perabot dan barangan elektrik bernilai lebih RM36,000 daripada individu sama bagi tujuan serupa. 

Kesalahan didakwa berlaku di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya antara Dis 2023 hingga Mac 2024. 

Dalam pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Dis tahun lalu, beliau turut didakwa memperoleh suapan RM62,924 yang dimasukkan ke akaun seorang wanita bagi pembayaran sewa rumah di Kuala Lumpur, juga sebagai dorongan membantu syarikat berkaitan mendapatkan lesen mineral di Sabah. 

Berdepan hukuman berat jika sabit kesalahan

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -Bernama

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1