theme-sticky-logo-alt
February 11, 2026
108 Views

Manchester United Diikat West Ham

LONDON — Manchester United terpaksa berkongsi satu mata selepas terikat seri 1-1 menentang West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di London Stadium, malam tadi. Perlawanan menyaksikan West Ham terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Tomáš Souček pada awal babak kedua,Manchester United, yang dikendalikan oleh pengurus sementara Michael Carrick, gagal menembusi kubu lawan sehingga Benjamin... Read More

LONDON — Manchester United terpaksa berkongsi satu mata selepas terikat seri 1-1 menentang West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di London Stadium, malam tadi.

Perlawanan menyaksikan West Ham terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Tomáš Souček pada awal babak kedua,Manchester United, yang dikendalikan oleh pengurus sementara Michael Carrick, gagal menembusi kubu lawan sehingga Benjamin Šeško menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-96 memastikan Red Devils mendapat satu mata berharga.

Gol lewat itu bukan sahaja menyelamatkan United daripada kekalahan tetapi turut mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di liga sejak Carrick mengambil alih, sekaligus menamatkan rekod empat kemenangan berturut-turut pasukan itu musim ini.

United kekal dalam persaingan merebut slot Liga Juara-Juara Eropah, manakala West Ham terus berjuang keluar dari zon penyingkiran dengan perbezaan 2 mata dengan Nottingham Forest. – Buletin Tv3

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading