theme-sticky-logo-alt
February 10, 2026
139 Views

“Jangan Sapu Bawah Karpet” – Puad Tekan Kerajaan Jawab Isu Azam Baki

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi menggesa kerajaan supaya tidak ‘menyapu bawah karpet’ isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sebaliknya membawa perkara itu untuk dijawab secara rasmi di Parlimen. Menurut Puad, penjelasan terbuka di Dewan Rakyat penting bagi memastikan ketelusan dan... Read More

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi menggesa kerajaan supaya tidak ‘menyapu bawah karpet’ isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sebaliknya membawa perkara itu untuk dijawab secara rasmi di Parlimen.

Menurut Puad, penjelasan terbuka di Dewan Rakyat penting bagi memastikan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap integriti institusi pencegahan rasuah negara.

“Isu ini tidak boleh dibiarkan tergantung. Ia perlu dijawab di Parlimen supaya tidak timbul persepsi kerajaan cuba melindungi mana-mana pihak,” 

Beliau menegaskan bahawa kedudukan Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM menjadikan isu berkenaan lebih sensitif dan perlu ditangani secara telus, memandangkan SPRM berperanan sebagai badan utama membanteras rasuah.

“Jika melibatkan pemimpin atau penjawat awam lain, SPRM bertindak tegas. Maka prinsip yang sama mesti diguna pakai tanpa pilih kasih,”

Puad berkata, kegagalan memberi jawapan jelas di Parlimen hanya akan menjejaskan kredibiliti kerajaan serta kepercayaan orang ramai terhadap usaha membanteras rasuah.

Isu pegangan saham Azam Baki sebelum ini mencetuskan perbahasan awam dan politik, namun setakat ini belum dibahaskan secara khusus di Dewan Rakyat. -SUARA.TV

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading