theme-sticky-logo-alt
February 4, 2026
62 Views

12 Parti Politik Ditubuhkan Di Universiti Untuk Uji Sistem Perwakilan Berkadar — Johari

KUALA LUMPUR– Sebanyak 12 parti politik ditubuhkan di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) melalui inisiatif Parlimen Belia, sebagai sebahagian daripada usaha memberi pendedahan praktikal kepada belia mengenai sistem perwakilan berkadar, menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menerusi BERNAMA TV. Dalam laporan itu, Johari mengulas program Parlimen Belia sebagai platform pendidikan politik yang... Read More

KUALA LUMPUR– Sebanyak 12 parti politik ditubuhkan di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) melalui inisiatif Parlimen Belia, sebagai sebahagian daripada usaha memberi pendedahan praktikal kepada belia mengenai sistem perwakilan berkadar, menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menerusi BERNAMA TV.

Dalam laporan itu, Johari mengulas program Parlimen Belia sebagai platform pendidikan politik yang memberi peluang kepada pelajar memahami mekanisme pembentukan parti, manifesto dan proses pemilihan wakil mereka mengikut prinsip perwakilan berkadar.

Beliau menjelaskan bahawa pendekatan itu membolehkan peserta bukan sekadar belajar teori, tetapi mengalami secara langsung cara parti politik dibentuk dan bagaimana calon dipilih untuk mewakili kawasan masing-masing.

Johari berkata sistem perwakilan berkadar yang diuji dalam Parlimen Belia berbeza dengan sistem first-past-the-post yang digunapakai dalam pilihan raya umum negara, dan inisiatif ini memberi ruang kepada keterangkuman suara belia yang lebih luas dalam proses demokrasi.

Sebagai sebahagian daripada program itu, kerajaan juga bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk memperkenalkan pendaftaran pengundi secara automatik bagi golongan berusia antara 18 hingga 30 tahun. Menurut Johari, proses pengundian dijangka boleh dijalankan secara dalam talian mulai Mac ini, sekali gus mempermudah penyertaan belia dalam sistem politik.

Johari menambah bahawa Parlimen Belia bukan sekadar sebuah simulasi, tetapi satu inisiatif strategik untuk membina kefahaman belia terhadap proses persidangan Dewan Rakyat, pembentukan dasar dan tanggungjawab wakil rakyat. Beliau juga menjangkakan pilihan raya Parlimen Belia akan berlangsung pada Mei, dengan persidangan pertama dirancang diadakan seawal Jun.

Program itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha mendidik generasi muda dalam budaya demokrasi dan memberi peluang kepada golongan belia merasai pengalaman sebenar berpolitik dalam suasana terkawal dan berstruktur. – Bernama

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading