theme-sticky-logo-alt
January 30, 2026
57 Views

Wan Zack Haikal Kembali Sarung Jersi Perak FC

IPOH– Perak FC mengesahkan bekas pemain kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Noor, kembali menyarung jersi pasukan itu menjelang saingan Piala Cabaran MFL dan Liga A1 Semi-Pro musim ini selepas meninggalkan pasukan sementara bersama Penang FC. Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Azhar Jamaluddin, berkata kehadiran pemain berusia 34 tahun itu akan menambah variasi dan... Read More

IPOH– Perak FC mengesahkan bekas pemain kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Noor, kembali menyarung jersi pasukan itu menjelang saingan Piala Cabaran MFL dan Liga A1 Semi-Pro musim ini selepas meninggalkan pasukan sementara bersama Penang FC.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Azhar Jamaluddin, berkata kehadiran pemain berusia 34 tahun itu akan menambah variasi dan kreativiti di bahagian tengah serta jentera serangan pasukan, sambil memperkukuhkan kedalaman skuad untuk menghadapi cabaran musim ini.

“Dengan pengalaman luas di peringkat tertinggi, kami yakin Wan Zack bukan sahaja akan memberi impak positif di atas padang, malah berperanan membimbing pemain muda Perak,” kata Azhar dalam satu kenyataan rasmi.

Untuk rekod, Wan Zack pernah beraksi bersama Perak FC dari 2022 hingga 2025 sebelum memilih untuk meneruskan kariernya bersama Penang FC pada 9 Jun 2025.

Langkah membawa pulang semula pemain berprofil tinggi ini dilihat sebagai usaha Perak memperkuatkan jentera mereka bagi musim yang bakal datang, di mana pengalaman dan kepimpinan Wan Zack diharapkan memberi suntikan semangat tambahan kepada pasukan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading