theme-sticky-logo-alt
January 30, 2026
67 Views

Tuan Ibrahim gesa PN henti perang terbuka, fokus hadapi PH-BN menjelang PRU16

Seorang pimpinan kanan Perikatan Nasional (PN) menggesa semua parti komponen gabungan itu menghentikan pertikaian terbuka dan kembali mengurus perbezaan secara dalaman, ketika Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) semakin menghampiri. Dalam satu kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kemelut yang berlaku ketika ini menuntut semua pihak “kembali ke meja perbincangan” dan tidak terus mengeluarkan... Read More

Seorang pimpinan kanan Perikatan Nasional (PN) menggesa semua parti komponen gabungan itu menghentikan pertikaian terbuka dan kembali mengurus perbezaan secara dalaman, ketika Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) semakin menghampiri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kemelut yang berlaku ketika ini menuntut semua pihak “kembali ke meja perbincangan” dan tidak terus mengeluarkan kenyataan di ruang awam yang hanya mengeruhkan keadaan.

“Semua pihak perlu menghentikan kenyataan terbuka di ruang awam dan mengutamakan mekanisme dalaman bagi meleraikan kemelut secara berhemah,” katanya.

Beliau menegaskan PN merupakan gabungan yang menjadi harapan rakyat, dan kesepaduan yang dibina selama ini tidak disenangi seteru politik, khususnya Pakatan Harapan–Barisan Nasional (PH-BN).

“Jangan kita membuka ruang yang memudahkan musuh memecah-belahkan perpaduan PN,” katanya sambil menekankan bahawa perbezaan pandangan mesti diurus secara matang agar muafakat sedia ada terus utuh.

Tuan Ibrahim turut mengingatkan bahawa dalam muafakat politik, tidak semua kehendak setiap pihak dapat dipenuhi, namun sikap saling menghormati dan berpegang kepada asas persefahaman adalah kunci kekuatan gabungan.

Menurutnya, terdapat pihak tertentu yang “bertepuk tangan” melihat PN bertelagah sesama sendiri dan mengharapkan muafakat itu berakhir.

“Dalam keadaan begini, tidak mustahil musuh menyelinap masuk untuk menimbulkan keraguan dan pertikaian sehingga muafakat semakin melemah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar PN kembali memperkukuh muafakat, mengeratkan jalinan kerjasama dan bermuhasabah membaiki kelemahan jika benar-benar mahu terus diberi kepercayaan rakyat pada PRU akan datang.

Dalam nada tegas, beliau juga mengingatkan semua pihak supaya menghentikan kenyataan yang mengguris perasaan rakan gabungan dan tidak “menikam belakang kawan sendiri”.

“Hormatilah keputusan parti-parti rakan, dan bersedia menerima teguran serta pandangan dengan lapang dada,” katanya.

Mengulas peranan penulisan dan pandangan awam, Tuan Ibrahim berkata ada tulisan yang membantu memperkukuh jemaah dan menjelaskan kekeliruan, namun ada juga yang hanya berterusan mengelirukan ahli.

“Maka tepuk dada tanya selera, di manakah posisi yang wajar kita ambil demi muafakat ini?” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading