theme-sticky-logo-alt
November 19, 2026
55 Views

“Beri Ruang Kepada Pihak Berkuasa Untuk Siasat,”-Saarani Mohamad

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menzahirkan rasa dukacita atas pemergian seorang murid Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di negeri ini pada 18 November. Menerusi hantaran di Facebook, Saarani menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan berharap mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut. “Saya amat dukacita menerima perkhabaran... Read More

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menzahirkan rasa dukacita atas pemergian seorang murid Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di negeri ini pada 18 November.

Menerusi hantaran di Facebook, Saarani menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan berharap mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.

“Saya amat dukacita menerima perkhabaran mengenai pemergian seorang murid Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di negeri ini semalam.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak menghormati privasi keluarga mangsa serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Saya berharap semua pihak dapat menghormati privasi keluarga dan memberikan ruang kepada pihak berwajib untuk menjalankan siasatan,” katanya.

JPN Perak arah sekolah beri kerjasama penuh

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengesahkan seorang murid Tingkatan Tiga ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di negeri ini.

JPN Perak memaklumkan pihaknya sedang memantau perkembangan insiden secara dekat dan telah mengarahkan pihak sekolah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis.

Jabatan itu turut menyelaras perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta sokongan psikososial kepada murid, guru dan warga sekolah yang terkesan.

Komunikasi dengan keluarga mangsa juga dilaksanakan secara berhemah dan berterusan, selain bantuan serta sokongan yang bersesuaian diberikan.

JPN Perak pada masa sama mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, khususnya melalui media sosial.

Sumber: Kenyataan Datuk Seri Saarani Mohamad,Jabatan Pendidikan Negeri Perak

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1