theme-sticky-logo-alt
November 14, 2026
117 Views

“Kami Akan Pikul Tanggungjawab Bersama Atas Keputusan PRN Ini,”-Khoo Poay Tiong

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan bedah siasat secara menyeluruh dan terbuka susulan prestasi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, semua parti komponen dalam PH perlu memikul tanggungjawab bersama terhadap keputusan pilihan raya berkenaan. Menurutnya, penelitian terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan yang berlaku sepanjang... Read More

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan bedah siasat secara menyeluruh dan terbuka susulan prestasi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, semua parti komponen dalam PH perlu memikul tanggungjawab bersama terhadap keputusan pilihan raya berkenaan.

Menurutnya, penelitian terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan yang berlaku sepanjang kempen serta merangka langkah penambahbaikan untuk memperkukuh kedudukan gabungan itu pada masa akan datang.

“PH adalah satu pasukan dan kami memikul tanggungjawab bersama atas keputusan PRN ini.

“Kami juga akan mengadakan sesi bedah siasat yang mendalam dan terbuka bersama semua parti komponen PH bagi mengenal pasti segala kelemahan dan mengambil langkah penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Melaka, di sini, hari ini.

Khoo berkata, proses bedah siasat itu akan membabitkan semua parti komponen bagi memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh dan setiap kelemahan yang dikenal pasti dapat ditangani bersama.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1