theme-sticky-logo-alt
November 11, 2026
23 Views

Isu Tahanan Rumah:“Keadilan Tidak Boleh Menjadi Hak Eksklusif Golongan Tertentu,”-Mohamad Sabu

MERLIMAU: Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu berkata, satu mekanisme perundangan perlu diwujudkan bagi membolehkan banduan menjalani separuh tempoh hukuman di penjara dan selebihnya menerusi tahanan rumah, tertakluk kepada peraturan yang telus dan terpakai kepada semua. “Undang-undang mesti adil kepada semua. Keadilan tidak boleh menjadi hak eksklusif golongan tertentu. Malaysia tidak boleh... Read More

MERLIMAU: Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu berkata, satu mekanisme perundangan perlu diwujudkan bagi membolehkan banduan menjalani separuh tempoh hukuman di penjara dan selebihnya menerusi tahanan rumah, tertakluk kepada peraturan yang telus dan terpakai kepada semua.

“Undang-undang mesti adil kepada semua. Keadilan tidak boleh menjadi hak eksklusif golongan tertentu. Malaysia tidak boleh mengamalkan sistem keadilan dua darjat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad menegaskan, prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang tidak boleh dikompromi atas faktor kedudukan, pengaruh politik atau hubungan kekeluargaan.

Menurutnya, pendirian itu bukan berpunca daripada sebarang pertikaian peribadi dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, atau keluarganya, sebaliknya berlandaskan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

Sehubungan itu, beliau menyeru NGO, pengamal undang-undang dan masyarakat sivil memperjuangkan mekanisme berkenaan bagi memastikan hak yang saksama kepada semua warganegara.

Beliau turut menyatakan kesediaan menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai menteri sehingga pembubaran Parlimen bagi membantu badan bukan kerajaan (NGO) memperjuangkan pelaksanaan tahanan rumah secara adil kepada semua banduan.

“Keadilan mesti ditegakkan tanpa diskriminasi, tanpa keistimewaan terpilih dan tanpa layanan dua darjat,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1