theme-sticky-logo-alt
November 3, 2026
125 Views

“PH Perlu Menilai Mengapa Dahulu Diterima Rakyat Tetapi Kali Ini Ditolak,”-Aminuddin Harun

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) perlu melakukan penilaian menyeluruh terhadap kekalahan yang dialami dengan mengenal pasti kelemahan sebenar, termasuk aspek komunikasi, gerak kerja jentera akar umbi dan kepimpinan parti. Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH tidak seharusnya mengambil mudah penolakan rakyat, sebaliknya perlu menjadikan perkembangan itu sebagai pengajaran untuk memperbaiki prestasi... Read More

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) perlu melakukan penilaian menyeluruh terhadap kekalahan yang dialami dengan mengenal pasti kelemahan sebenar, termasuk aspek komunikasi, gerak kerja jentera akar umbi dan kepimpinan parti.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, PH tidak seharusnya mengambil mudah penolakan rakyat, sebaliknya perlu menjadikan perkembangan itu sebagai pengajaran untuk memperbaiki prestasi parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Kita perlu melihat kekalahan ini secara menyeluruh dan menjadikannya pengajaran bersama. PH   perlu menilai mengapa dahulu diterima rakyat tetapi kali ini ditolak,” 

“Kita perlu mencari puncanya, sama ada berpunca daripada kelemahan komunikasi, gerak kerja jentera di peringkat akar umbi atau kepimpinan sendiri,” katanya dalam temu bual bersama Utusan Malaysia.

Beliau tidak menafikan penolakan berkenaan berpotensi memberi kesan kepada persediaan PH menghadapi PRU16, namun berpandangan gabungan itu masih mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti.

Katanya, PH juga perlu memahami perubahan aspirasi dan harapan pengundi daripada pelbagai kelompok, khususnya golongan muda, pertengahan serta pengundi baharu yang sebelum ini pernah memberikan sokongan tetapi kini mula menjauhkan diri.

Dalam masa sama, Aminuddin berkata, PH perlu mengambil kira perkembangan sokongan terhadap parti lain, termasuk UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang turut berdepan perubahan penerimaan rakyat.

“Kita juga perlu melihat perkembangan parti lain kerana UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut melalui perubahan sokongan rakyat,”

“Jangan hanya meletakkan DAP sebagai punca. Sebaliknya, kita perlu mengenal pasti sebab sebenar penolakan tersebut,”

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1