theme-sticky-logo-alt
October 2, 2026
29 Views

“PH Masih Buka Rundingan Kerjasama Dengan BN,”-Amirudin Shari

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) masih membuka ruang rundingan kerjasama dengan mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Menurut Utusan Online,Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan kemenangan PH, selain memastikan sebarang kerjasama yang dibentuk dapat memenuhi kepentingan rakyat. Beliau berkata PH... Read More

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) masih membuka ruang rundingan kerjasama dengan mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Utusan Online,Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan kemenangan PH, selain memastikan sebarang kerjasama yang dibentuk dapat memenuhi kepentingan rakyat.

Beliau berkata PH sedang berunding dengan semua pihak, namun setiap parti mempunyai kepentingan masing-masing yang perlu diberi perhatian.

“Kami berunding dengan semua pihak, tetapi keutamaannya sangat mudah. Keutamaan pertama tentunya adalah kemenangan pihak kami dan setiap pihak juga mempunyai kepentingan masing-masing.

“Kedua adalah sejauh mana kepentingan rakyat dapat ditangani menerusi gabungan yang kami bentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sunway Medical Centre Damansara, di sini, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading