theme-sticky-logo-alt
October 1, 2026
74 Views

Video Tular KLIA: “Saya Serah Kepada Pihak Berkuasa Untuk Siasatan Lanjut,”- Mohd Shuhaily

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain menyerahkan kepada kerajaan untuk menentukan sebarang tindakan lanjut yang mungkin dikenakan terhadapnya susulan satu video tular baru-baru ini. Menurut Kosmo, beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar khas hari ini bagi menjelaskan secara terperinci kejadian yang berlaku di Lapangan... Read More

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain menyerahkan kepada kerajaan untuk menentukan sebarang tindakan lanjut yang mungkin dikenakan terhadapnya susulan satu video tular baru-baru ini.

Menurut Kosmo, beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar khas hari ini bagi menjelaskan secara terperinci kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Mohd. Shuhaily turut berkata satu laporan polis dibuat berhubung kemungkinan wujud usaha untuk mencemarkan imej AKPS secara keseluruhan serta namanya secara peribadi.

“Seperti tuan-tuan selalu lihat dalam klip video dalam media sosial, saya sering mengatakan saya tidak sempurna.

“I’ve said that many times, and today I’m standing in front of you, owning and facing my incompleteness,” katanya.

Mohd. Shuhaily berkata, perkara berkenaan juga telah dimaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan serta kementerian berkaitan dan beliau bersedia menerima apa juga keputusan yang bakal dibuat.

Menurutnya, sebarang usaha untuk melakukan perubahan mempunyai harga yang perlu dibayar dan sekiranya harga itu melibatkan dirinya, beliau bersedia menghadapinya.

“Apapun saya akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat lanjut dengan penuh efisien dan biarlah keadilan akan muncul kelak untuk semua pihak,” katanya.

Terdahulu, satu video tular di media sosial memaparkan seorang individu mirip Mohd. Shuhaily kelihatan memarahi individu lain di sebuah lokasi di KLIA.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading