theme-sticky-logo-alt
September 28, 2026
43 Views

Anwar Akan Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Tun Siti Hasmah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia pagi ini. Anwar berkata, kerajaan turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian isterinya. Menurut UTUSAN, kerajaan menghargai segala jasa dan khidmat... Read More

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia pagi ini.

Anwar berkata, kerajaan turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian isterinya.

Menurut UTUSAN, kerajaan menghargai segala jasa dan khidmat yang dicurahkan Siti Hasmah kepada negara, khususnya sepanjang memainkan peranan sebagai isteri kepada Perdana Menteri.

“Tun Siti Hasmah aktif masa dia jadi isteri Perdana Menteri dan untuk kerja kerja kebajikan dan keprihatinan terhadap masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada The International Future Conference 2026 di sini, hari ini.

Anwar turut mengesahkan akan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan serta jasa beliau kepada negara.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading