theme-sticky-logo-alt
September 19, 2026
29 Views

“Siasatan Terhadap Najib Tetap Diteruskan,”- Abdul Halim Aman

KUALA LUMPUR: Siasatan kes rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetap akan diteruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut Berita Harian,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata status siasatan kes berkaitan Najib masih kekal seperti sedia ada. Beliau juga berkata setiap kes mempunyai perkara dan... Read More

KUALA LUMPUR: Siasatan kes rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetap akan diteruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Berita Harian,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata status siasatan kes berkaitan Najib masih kekal seperti sedia ada.

Beliau juga berkata setiap kes mempunyai perkara dan isu siasatan yang berbeza, justeru status sesuatu kes tidak boleh disamakan dengan kes lain.

“Kita kena faham ya, sesuatu kes itu berbeza antara satu kes dan satu kes yang lain. Tidak boleh satu kes itu sama dengan kes yang lain.

“Dalam erti kata lain, penyiasatan itu adalah menjurus kepada apa yang disiasat terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan, atau sesuatu aduan yang dilakukan.

“Jadi ‘as long as you are concerned’ kes-kes yang masih lagi pending tu, masih lagi kekal begitulah. Apa kata orang pun, ada sesuatu perkara yang (SPRM) difikirkan perlu dilakukan, status quo kekal,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading