theme-sticky-logo-alt
September 18, 2026
35 Views

“Najib Dibenarkan Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Rumah,”-BHEUU

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan pengampunan bersyarat oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028. Menurut kenyataan media Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada... Read More

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan pengampunan bersyarat oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Menurut kenyataan media Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada 18 September 2026.

Pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda berjumlah RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri berkenaan.

Najib juga dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan sepanjang tempoh tahanan rumah.

Sekiranya beliau gagal mematuhi mana-mana syarat berkenaan, pengampunan bersyarat itu akan terbatal dan beliau perlu meneruskan baki hukuman di penjara serta-merta.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading