theme-sticky-logo-alt
September 15, 2026
26 Views

“Gesaan Tutup Pintu Kepada UMNO Hanyalah Pandangan Peribadi Guan Eng Bukan Pendirian DAP,”- Chow Kon Yeow

BATU KAWAN: Gesaan Penasihat DAP, Lim Guan Eng supaya kerajaan Pulau Pinang “menutup pintu” kepada UMNO disifatkan sebagai pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi parti, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Menurut AWANI, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukan UMNO dalam kerajaan negeri pimpinan... Read More

BATU KAWAN: Gesaan Penasihat DAP, Lim Guan Eng supaya kerajaan Pulau Pinang “menutup pintu” kepada UMNO disifatkan sebagai pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi parti, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Menurut AWANI, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukan UMNO dalam kerajaan negeri pimpinan PH perlu diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi gabungan itu.

Beliau juga berkata pandangan Guan Eng diambil maklum, namun semua pihak perlu menunggu keputusan pimpinan tertinggi termasuk Majlis Presiden PH sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Itu bukan pendirian parti. Setakat ini, tiada sebarang arahan rasmi dikeluarkan. Setiausaha Agung telah mengeluarkan kenyataan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat Pakatan Harapan bagi membincangkan kedudukan UMNO susulan ucapan presidennya pada Perhimpunan Agung UMNO.

“Kita tertakluk kepada keputusan pimpinan tertinggi dan Majlis Presiden PH. Janganlah di peringkat bawahan mengeluarkan pelbagai kenyataan. Buat masa ini, kita beri tumpuan kepada pimpinan tertinggi, manakala pandangan lain hanya diambil maklum.

“Gesaan itu hanyalah pandangan peribadi dan bukannya keputusan rasmi parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program rintis Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) bagi murid berkeperluan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawan, di sini, pada Selasa.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading