theme-sticky-logo-alt
September 11, 2026
34 Views

“UMNO Sepatutnya Berterima Kasih Kepada Anwar Dan Kerajaan MADANI,”-Shafiq Iqram

KUALA LUMPUR: UMNO sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kerajaan MADANI yang bertindak tegas dan tanpa memilih bulu dalam usaha membersihkan parti itu daripada imej rasuah dan salah guna kuasa. Menurut AWANI,Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, UMNO tidak sepatutnya melihat ketegasan Anwar dalam... Read More

KUALA LUMPUR: UMNO sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kerajaan MADANI yang bertindak tegas dan tanpa memilih bulu dalam usaha membersihkan parti itu daripada imej rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut AWANI,Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, UMNO tidak sepatutnya melihat ketegasan Anwar dalam membanteras rasuah sebagai ancaman kepada parti, sebaliknya peluang untuk melakukan reset terhadap budaya politiknya.

Menurut beliau, UMNO sudah terlalu lama dibebani persepsi rasuah dan salah guna kuasa, termasuk selepas bekas presidennya sendiri disabitkan kesalahan dan menjalani hukuman penjara.

“UMNO sudah terlalu lama dibebani dengan persepsi rasuah dan salah guna kuasa, termasuk selepas bekas presidennya sendiri disabitkan kesalahan dan menjalani hukuman penjara. Hakikat ini tidak boleh terus dinafikan atau disapu ke bawah karpet,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shafiq berkata, apabila Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada siapa harus kebal daripada tindakan undang-undang, UMNO sepatutnya menyambutnya sebagai peluang untuk membersihkan parti daripada budaya lama yang selama ini gagal mereka selesaikan dari dalam.

“Kalau benar UMNO mahu membina semula keyakinan rakyat, inilah masanya untuk membuktikan bahawa kesetiaan kepada parti tidak boleh mengatasi prinsip integriti dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen UMNO yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan menggunakan kedudukan berkaitan pelaburan RM193.5 juta dalam Putrajaya Perdana Berhad.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading