theme-sticky-logo-alt
July 8, 2026
54 Views

“Kerajaan Tidak Akan Dedah Senarai Transaksi Pembelian Saham,”-Azalina Othman

KUALA LUMPUR — Kerajaan tidak akan mendedahkan senarai transaksi pembelian saham serta tempoh pegangan saham melebihi nilai RM100,000 membabitkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata maklumat berkenaan merupakan sebahagian daripada dokumen siasatan serta maklumat... Read More

KUALA LUMPUR — Kerajaan tidak akan mendedahkan senarai transaksi pembelian saham serta tempoh pegangan saham melebihi nilai RM100,000 membabitkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata maklumat berkenaan merupakan sebahagian daripada dokumen siasatan serta maklumat peribadi yang dilindungi undang-undang.

Menurut Buletin Tv3, isu berkaitan pemilikan dan perisytiharan harta termasuk pegangan saham Azam telah diteliti oleh Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan pada 13 Februari lalu.

“Jawatankuasa berkenaan sudah menyelesaikan siasatannya secara bebas, telus serta profesional, dan hasil siasatan telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

“Untuk mendapatkan senarai transaksi pembelian saham serta tempoh pegangan yang melebihi nilai tertentu, maklumat yang diminta adalah sebahagian daripada dokumen siasatan, maklumat peribadi serta perisytiharan harta yang dilindungi bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan tidak menjadi dokumen awam,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan melalui laman sesawang Parlimen semalam.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading