theme-sticky-logo-alt
July 8, 2026
168 Views

“BN Tidak Layak Diberi Peluang Kedua,”- Lim Guan Eng

JOHOR BAHRU: Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak layak diberi peluang kedua untuk mentadbir Johor kerana gagal memastikan pembangunan ekonomi yang seimbang serta mengawasi kemajuan ekonomi yang menurutnya lebih menguntungkan warga asing berbanding rakyat Johor. Beliau berkata, meskipun Johor menikmati pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, persoalan utama yang perlu dinilai pengundi ialah... Read More

JOHOR BAHRU: Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak layak diberi peluang kedua untuk mentadbir Johor kerana gagal memastikan pembangunan ekonomi yang seimbang serta mengawasi kemajuan ekonomi yang menurutnya lebih menguntungkan warga asing berbanding rakyat Johor.

Beliau berkata, meskipun Johor menikmati pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, persoalan utama yang perlu dinilai pengundi ialah sama ada manfaat pembangunan itu benar-benar dinikmati rakyat serta mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka pada masa hadapan.

Menurut Guan Eng, beliau menerima maklum balas daripada pengundi bahawa pembangunan ekonomi di Johor, khususnya di kawasan selatan seperti Tebrau dan Johor Bahru, telah menyebabkan kadar sewa hartanah serta harga makanan dan minuman meningkat sehingga membebankan penduduk tempatan.

“Keadaan itu menyebabkan sebahagian rakyat Johor tidak lagi mampu menyewa rumah bertanah atau menanggung kos sara hidup di kawasan berkenaan, manakala banyak premis perniagaan pula lebih banyak dikunjungi orang luar dan warga asing, “

“Johor kini berdepan ekonomi dua peringkat apabila pertumbuhan ekonomi yang berlaku tidak dinikmati secara menyeluruh oleh pekerja bergaji dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), sebaliknya mereka terus berdepan peningkatan harga bahan mentah serta kos sara hidup,”Katanya.

Beliau turut menambah di peringkat makro, kerajaan negeri didakwa gagal menyediakan visi pembangunan yang inklusif, berani dan berjangka panjang, selain pembangunan yang terlalu tertumpu di Johor Selatan sehingga menyebabkan daerah lain terus ketinggalan.

Di peringkat mikro pula, beliau mendakwa kelemahan pengurusan ekonomi menyebabkan kos sara hidup di Johor Bahru meningkat sehingga ramai rakyat Johor tidak lagi mampu menikmati kehidupan di beberapa kawasan bandar tersebut.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading