theme-sticky-logo-alt
July 2, 2026
26 Views

“No PH, No DAP”-Tan Sri Annuar Musa

MUAR — PAS berharap pengundi Johor memberi peluang kepada parti itu menghantar wakil ke Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, wakil PAS dan Perikatan Nasional (PN) mampu memainkan peranan dalam memperkukuh kepimpinan Kerajaan Negeri Johor sekiranya diberikan mandat. Beliau berkata,... Read More

MUAR — PAS berharap pengundi Johor memberi peluang kepada parti itu menghantar wakil ke Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, wakil PAS dan Perikatan Nasional (PN) mampu memainkan peranan dalam memperkukuh kepimpinan Kerajaan Negeri Johor sekiranya diberikan mandat.

Beliau berkata, kehadiran wakil PAS dan PN di DUN juga disifatkan selari dengan pendirian kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang berpegang kepada prinsip “No PH, No DAP”.

Menurutnya, prinsip tersebut hampir sama dengan pendirian politik PAS dan PN ketika ini, justeru beliau berharap penyokong UMNO dapat memberikan sokongan kepada calon PAS, termasuk di kerusi DUN Sungai Balang.

“Dalam landskap politik Johor, PAS menjunjung tinggi keperluan mempertahankan keunggulan, kepimpinan dan dominasi politik Melayu-Islam.

“Kami juga memberikan sokongan terbuka kepada pimpinan negeri sedia ada. Pimpinan parti telah menegaskan bahawa di kawasan yang tidak ditandingi PN, kami secara terbuka menyeru agar tidak memberi sokongan kepada PH, sebaliknya menyokong calon-calon BN,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading