theme-sticky-logo-alt
June 14, 2026
13 Views

“Hamzah Layak Jadi Ketua Pembangkang ,”- Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR – Salah seorang Ahli Parlimen yang dipecat Bersatu hari ini, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempertahankan tindakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan agar Datuk Seri Hamzah Zainudin kekal sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, Abdul Hadi bercakap... Read More

KUALA LUMPUR – Salah seorang Ahli Parlimen yang dipecat Bersatu hari ini, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempertahankan tindakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan agar Datuk Seri Hamzah Zainudin kekal sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, Abdul Hadi bercakap atas kapasiti sebagai Presiden PAS dan menyuarakan pendirian rasmi parti berkenaan yang memiliki jumlah Ahli Parlimen terbesar dalam blok pembangkang.

Sehubungan itu, katanya, Ahli Parlimen Marang tersebut sememangnya berhak menyatakan pendiriannya sebagaimana yang dilakukan semalam.

Saifuddin berkata, sejak awal lagi PAS konsisten memberikan sokongan kepada Hamzah sebagai Ketua Pembangkang dan mahu kedudukan itu dikekalkan walaupun selepas pemimpin berkenaan dipecat daripada Bersatu.

Katanya, sekiranya pemilihan Ketua Pembangkang ditentukan menerusi proses demokrasi sekali pun, Hamzah masih akan dipilih berdasarkan sokongan majoriti dalam blok pembangkang yang dikuasai PAS.

“Justeru, isu sebenar bukanlah sama ada Haji Hadi membelakangkan PN atau tidak.

“Isu sebenar ialah sama ada majoriti Ahli Parlimen pembangkang masih menyokong Hamzah sebagai Ketua Pembangkang atau sebaliknya.

“Berdasarkan angka yang ada, jawapannya jelas: ya,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading