Kerja-kerja merobohkan binaan haram sebuah tokong kontroversi di atas tanah kerajaan di Pantai Siring, Jasin, Melaka pagi tadi.
Menurut Malaysia Gazette, operasi perobohan bermula jam 10 pagi tadi sebelum berakhir 30 minit oleh jengkaut sebuah agensi kerajaan.
Pada Khamis lalu, media melaporkan penemuan binaan tokong batu yang tertera kalimah ALLAH dan Bismillahirrahmanirrahim dalam tulisan jawi di lokasi berkenaan oleh pemancing yang kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa pada malam Rabu.








