theme-sticky-logo-alt
March 31, 2026
92 Views

“Ini Adalah Generasi Yang Dibincangkan Sebelum Ini Kerana Mereka Tidak Melalui UPSR dan PT3,”- Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyifatkan kohort pertama calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang tidak melalui peperiksaan UPSR dan PT3 sebagai bukti daya tahan pelajar dalam sistem pendidikan baharu. Menurut laporan Astro Awani, beliau berkata kumpulan pelajar tersebut berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan landskap pentaksiran selepas pemansuhan kedua-dua peperiksaan berkenaan. “Ini adalah generasi yang sering... Read More

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyifatkan kohort pertama calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang tidak melalui peperiksaan UPSR dan PT3 sebagai bukti daya tahan pelajar dalam sistem pendidikan baharu.

Menurut laporan Astro Awani, beliau berkata kumpulan pelajar tersebut berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan landskap pentaksiran selepas pemansuhan kedua-dua peperiksaan berkenaan.

“Ini adalah generasi yang sering dibincangkan sebelum ini kerana mereka tidak melalui UPSR dan PT3.

“Namun, kita mengambil pendekatan yang positif dan hari ini keputusan yang dicapai membuktikan bahawa mereka merupakan kohort yang mempunyai daya tahan yang sangat tinggi,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan sempena Majlis Pengumuman Keputusan SPM di Sekolah Menengah Tinggi Kajang, di sini pada Selasa.

Fadhlina turut berbangga dengan pencapaian calon SPM 2025 yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran termasuk pandemik COVID-19, selain membuktikan keupayaan mereka melalui prestasi akademik yang memberangsangkan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading