theme-sticky-logo-alt
February 21, 2026
306 Views

“Buat sementara ini, kita tidak beri mereka tugas-tugas aktif,-Khalid Ismail

KUALA LUMPUR: Seramai 12 anggota polis kini direhatkan dari tugas aktif susulan siasatan berhubung kes samun mata wang kripto melibatkan kerugian milik seorang warganegara asing yang dilaporkan berlaku di daerah Kajang, Selangor awal bulan ini. Ketua Polis Negara, Datuk Mohd Khalid Ismail, berkata kes tersebut kini dalam siasatan polis dan beliau menegaskan langkah menempatkan anggota... Read More

KUALA LUMPUR: Seramai 12 anggota polis kini direhatkan dari tugas aktif susulan siasatan berhubung kes samun mata wang kripto melibatkan kerugian milik seorang warganegara asing yang dilaporkan berlaku di daerah Kajang, Selangor awal bulan ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Mohd Khalid Ismail, berkata kes tersebut kini dalam siasatan polis dan beliau menegaskan langkah menempatkan anggota berkenaan di pejabat adalah bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.

“Buat sementara ini, kita tidak beri mereka tugas-tugas aktif, tetapi mereka akan berada di pejabat bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna,” katanya.

Beliau menambah bahawa PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang didapati terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang, dan tindakan tegas akan diambil jika terdapat bukti kukuh.

“Tindakan ini tidak akan berakhir di sini, dan polis akan memastikan jika berlaku pelanggaran undang-undang dan kesalahan, kita akan ambil tindakan dan kita buka kertas siasatan dan buat pertuduhan sepertimana yang sepatutnya,” kata Mohd Khalid. -Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading