theme-sticky-logo-alt
February 10, 2026
678 Views

Hamzah Zainudin Diramal Tinggalkan Perikatan Nasional Bersama 15 Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Malaysia merangkap Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa sedang merangka langkah untuk meninggalkan gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama kira-kira 15 Ahli Parlimen dalam masa terdekat, menurut laporan MalaysiaGazette. Menurut sumber tertinggi yang enggan dinamakan, gerakan itu dikatakan dipimpin oleh Ahli Parlimen Larut, yang bakal membawa kumpulan wakil rakyat tersebut menyertai... Read More

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Malaysia merangkap Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa sedang merangka langkah untuk meninggalkan gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama kira-kira 15 Ahli Parlimen dalam masa terdekat, menurut laporan MalaysiaGazette.

Menurut sumber tertinggi yang enggan dinamakan, gerakan itu dikatakan dipimpin oleh Ahli Parlimen Larut, yang bakal membawa kumpulan wakil rakyat tersebut menyertai sebuah parti baharu yang dipercayai akan menawarkan jawatan tertinggi kepada Hamzah.

“Kamu tunggu dalam masa terdekat ini… parti yang bakal disertai itu juga difahamkan akan memberikan jawatan tertinggi kepada Datuk Seri Hamzah… ada juga desas-desus mengatakan mereka mungkin menyertai Pakatan Harapan.” – Sumber tidak dinamakan.

Tekanan Dalaman dan Isu Disiplin

Dakwaan perancangan keluar PN itu muncul ketika Hamzah dikaitkan dengan kemungkinan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan kekecohan dalam Perhimpunan Agung Tahunan parti dan dakwaan serangan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hamzah dijadualkan memberi keterangan pada Khamis ini, jam 12 tengah hari di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, menurut surat notis panggilan kedua yang dikatakan bertarikh 6 Februari.

Dalam surat berkenaan, empat aduan bertulis telah dikemukakan terhadap Hamzah – antaranya dakwaan bahawa beliau gagal mengawal kenyataan pemimpin parti yang menyerang Muhyiddin dan melakukan rundingan tanpa mandat rasmi Majlis Eksekutif PN.

Antara dakwaan lain termasuk penglibatan Hamzah dalam usaha pengumpulan surat Akuan Bersumpah (SD) yang kontroversial dan isu rundingan berkaitan ‘Retreat Gopeng’.

Hamzah pula menafikan wujud perpecahan dalam Bersatu dan menegaskan dakwaan tersebut sengaja dimainkan oleh pihak tertentu untuk mencetuskan konflik dalaman.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading