theme-sticky-logo-alt
February 9, 2026
134 Views

Isu Rumah Ibadat, Anwar Akhirnya Buka Mulut

Kerajaan menegaskan tidak membenarkan pembinaan rumah ibadat secara tidak sah dan sebarang pembinaan harus mematuhi peraturan serta undang-undang yang ditetapkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara berperlembagaan dan kebenaran perlu diperoleh sebelum sesuatu rumah ibadat dibina tanpa mengira jenis agama. Anwar menyatakan isu itu bukan tertumpu kepada mana-mana... Read More

Kerajaan menegaskan tidak membenarkan pembinaan rumah ibadat secara tidak sah dan sebarang pembinaan harus mematuhi peraturan serta undang-undang yang ditetapkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara berperlembagaan dan kebenaran perlu diperoleh sebelum sesuatu rumah ibadat dibina tanpa mengira jenis agama.

Anwar menyatakan isu itu bukan tertumpu kepada mana-mana agama tertentu tetapi menekankan kepentingana mematuhi prosedur dan peraturan dalam semua pembinaan rumah ibadat.

Beliau turut berkata jalan penyelesaian harus dilakukan secara harmoni dan bukan melalui konflik sambil memberi contoh masjid, gereja dan rumah ibadat lain perlu dibangunkan mengikut undang-undang.

Perdana Menteri juga menggesa semua pihak tidak mencampuri urusan pengurusan hal ehwal agama yang boleh menyentuh sensitiviti kaum dan menjejaskan keharmonian masyarakat.

Dalam ucapannya, beliau menolak dakwaan bahawa penganut tertentu tidak bebas mengamalkan agama mereka, kerana ia boleh mempertikai Perlembagaan Persekutuan dan mengundang sentimen perkauman yang tidak wajar.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading