theme-sticky-logo-alt
February 7, 2026
120 Views

Polis mula tahan peserta perhimpunan anti “rumah ibadat haram” di KL

KUALA LUMPUR – Beberapa individu dilaporkan ditahan polis petang ini di luar kompleks beli-belah Sogo susulan perhimpunan yang dikatakan bertujuan membantah pembinaan “rumah ibadat haram” yang dirancang berlangsung pada malam ini. Sumber media di lokasi berkata setakat ini tujuh individu telah dibawa oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut, termasuk seorang aktivis politik dikenali sebagai Shafiq... Read More

KUALA LUMPUR – Beberapa individu dilaporkan ditahan polis petang ini di luar kompleks beli-belah Sogo susulan perhimpunan yang dikatakan bertujuan membantah pembinaan “rumah ibadat haram” yang dirancang berlangsung pada malam ini.

Sumber media di lokasi berkata setakat ini tujuh individu telah dibawa oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut, termasuk seorang aktivis politik dikenali sebagai Shafiq Abdul Halim.

Selain itu, polis turut mengiringi seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang dipercayai anak kepada pasangan itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, yang terletak berhampiran Sogo.

Walaupun perhimpunan yang dirancang itu menjadi tumpuan, setakat ini tiada lagi penganjur rasmi kelihatan di kawasan sekitar, termasuk seorang pendakwah bebas, Zamri Vinoth, yang sebelum ini dikaitkan dengan gerakan tersebut.

Keadaan di lokasi dilaporkan mendapat pengawasan ketat daripada pasukan polis yang ramai, tetapi tiada kejadian besar dilaporkan setakat ini. – Malaysiakini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading