theme-sticky-logo-alt
November 18, 2026
61 Views

DUN Perak Bakal Dibubar? Dakwaan Tersebut Adalah Tidak Benar,”-Asad Safwan Mazlan

IPOH: Satu laporan polis dibuat susulan penularan dakwaan di media sosial yang mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bakal dibubarkan. Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Perak, Asad Safwan Mazlan berkata dakwaan berkenaan adalah palsu dan tidak mempunyai sebarang asas. Menurut Stratcom Perak, setakat ini tiada sebarang urusan berkaitan pembubaran DUN Perak sedang dilaksanakan. Beliau berkata... Read More

IPOH: Satu laporan polis dibuat susulan penularan dakwaan di media sosial yang mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bakal dibubarkan.

Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Perak, Asad Safwan Mazlan berkata dakwaan berkenaan adalah palsu dan tidak mempunyai sebarang asas.

Menurut Stratcom Perak, setakat ini tiada sebarang urusan berkaitan pembubaran DUN Perak sedang dilaksanakan.

Beliau berkata laporan polis dibuat susulan penyebaran maklumat tidak benar itu bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Dalam pada itu, Pejabat Menteri Besar Perak dijangka mengeluarkan kenyataan media rasmi berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat yang belum disahkan.

Masyarakat juga diminta merujuk kepada saluran rasmi kerajaan negeri bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih, khususnya membabitkan perkara berkaitan pentadbiran serta kedudukan DUN Perak.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1