theme-sticky-logo-alt
May 5, 2026
60 Views

“Patutlah Level 30 Ringgit Je,”-Akmal Saleh

Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh, membidas kenyataan Penasihat DAP, Lim Guan Eng, berhubung isu festival muzik air di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam satu hantaran di media sosial, Akmal menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak wajar dan mengkritik tindakan yang didakwanya tidak memahami perbezaan budaya tempatan. “Yang patut malu ni adalah kamu dan geng-geng kamu. Yang... Read More

Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh, membidas kenyataan Penasihat DAP, Lim Guan Eng, berhubung isu festival muzik air di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di media sosial, Akmal menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak wajar dan mengkritik tindakan yang didakwanya tidak memahami perbezaan budaya tempatan.

“Yang patut malu ni adalah kamu dan geng-geng kamu. Yang tidak tahu bezakan budaya Malaysia dengan disco jalanan yang kamu banggakan.

“Patutlah level 30 ringgit je,” katanya.

Hantaran itu dipercayai sebagai reaksi terhadap Lim berhubung festival muzik air, yang turut mengkritik pihak tertentu kerana membantah penganjuran acara tersebut.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading