JOHOR BAHRU – Senarai calon bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini.
Menurut Malaysia Kini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata senarai tersebut merangkumi individu yang layak untuk menerajui badan pencegahan rasuah negara berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis makan tengah hari serta menyantuni komuniti di Pasar Tani Kekal Permas Jaya, Pasir Gudang.
Ketika ditanya mengenai jumlah calon yang disenaraikan untuk pertimbangan Seri Paduka Baginda, Anwar sempat berseloroh.
“Ada 120 (nama calon yang diserahkan),” katanya secara ringkas.
Beliau kemudian bergegas ke Masjid Bandar Permas Jaya bagi menunaikan solat Jumaat.








