theme-sticky-logo-alt
April 19, 2026
27 Views

“Isunya Bukan Diesel Mahal Atau Murah Semata-Mata Tapi Soal Siapa Patut Dibantu,”-Tengku Zafrul

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan isu harga diesel tidak seharusnya dilihat dari sudut mahal atau murah semata-semata. Perbandingan yang sering dibuat antara harga diesel dan petrol RON95 juga disifatkan tidak tepat kerana melibatkan dua mekanisme berbeza. “Kalau nak banding secara adil RON95 RM1.99 bandinglah dengan diesel bersubsidi... Read More

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan isu harga diesel tidak seharusnya dilihat dari sudut mahal atau murah semata-semata.

Perbandingan yang sering dibuat antara harga diesel dan petrol RON95 juga disifatkan tidak tepat kerana melibatkan dua mekanisme berbeza.

“Kalau nak banding secara adil RON95 RM1.99 bandinglah dengan diesel bersubsidi yang sekitar RM2 hingga RM2.15 seliter. Baru apples to apples,”Katanya dalam satu hantaran video di media sosial.

Dari sudut perbandingan antarabangsa, kenaikan harga diesel juga dilihat sebagai trend global, didorong faktor seperti konflik di Asia Barat yang memberi tekanan kepada harga bahan api di seluruh dunia.

Kerajaan turut menjelaskan bahawa pelaksanaan subsidi menyeluruh sebelum ini memberi tekanan besar kepada kewangan negara, dengan kos meningkat daripada sekitar RM1.4 bilion pada 2019 kepada RM14.3 bilion setahun dalam tempoh 2019 hingga 2023.

Kerajaan juga mengambil pendekatan berbeza di Sabah dan Sarawak berikutan kebergantungan tinggi terhadap diesel sebagai keperluan harian.

“Di Sabah dan Sarawak pula, situasinya berbeza. Di sana, diesel bukan pilihan. Memang keperluan harian. Ramai guna diesel untuk bergerak, berniaga, bekerja macam kita guna petrol di Semenanjung.,”

“Isunya bukan diesel mahal atau murah semata-mata. Isunya, siapa patut dibantu? Kita boleh terus subsidi semua orang tapi akhirnya banyak yang bocor. Atau kita fokus bantu yang betul-betul perlukan,” Tambahnya lagi

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading