Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menegaskan hanya sebahagian kecil rakyat terkesan dengan harga diesel pasaran, manakala majoriti masih menerima manfaat subsidi kerajaan.
Menurut Sinar Harian beliau berkata, berdasarkan kajian, kira-kira 15 peratus rakyat terjejas dengan kenaikan harga diesel pasaran, sementara 85 peratus lagi masih menggunakan diesel bersubsidi.
Menurutnya, isu kenaikan harga diesel sering dibangkitkan tanpa menjelaskan bahawa sebahagian besar rakyat masih dilindungi melalui mekanisme subsidi.
“Orang bangkitkan minyak diesel yang tinggi. Kajian menunjukkan minyak diesel pasaran yang tinggi itu memberi kesan kepada 15 peratus rakyat.
“Sebanyak 85 peratus rakyat tidak menggunakan diesel harga pasaran, sebaliknya masih menggunakan harga subsidi… yang dihebahkan ialah yang 15 peratus itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.








